Pages

Maptor peta dihujung jari







Peta boleh dipancarkan dimana sahaja, di dinding, lantai, mahu pon di tapak tangan

Gadget sebesar keychain memboleh dibawa kemana-mana
 Gadget ini adalah kombinasi antara peta dan projektor yang dilengkapi sistem GPS, amat bersesuaian untuk melancong kemana sahaja dan merupakan inovasi terbaik kepada kaki melancong tanpa mengunakan peta kertas lagi. Ia juga dilengkapi bluetooth membolehkan anda memuat turun peta baru.

 

Bend Desk yang unik








Ini adalah gadget prototaip yang dihasilkan oleh pakar komputer disebuah universiti RWTH aachen. skrin yang dibina melenkung ini didatang sekali dengan teknologi multi-touch sistem. Rekaan yang ergonomik lebih sesuai dengan persekitaran kawasan kerja abad ini.

Syarikat jentolak hasilkan telefon bimbit


Tidak ramai mengenali syarikat jentolak JCB, mungkin tidak asing bagi perkerja pembinaan. Jangan terperanjat bila syarikat seperti ini menghasilkan telefon bimbit, dan hasilnya hasilnya adalah diluar kotak pemikiran umat manusia!! Jom kita tengok telefon paling lasak didunia.


Rekaan kemas dan lasak

Warna adalah dari trademark JCB, kuning dan hitam.  


Ujian rendaman dalam air

Telefon ini mungkin sesuai dengan kerja lasak seperti pembinaan dan kejuteraan kerana dapat menahan hentakan seberat 1 tan, kalis air walau direndam selama 8 jam dan boleh tahan kepada suhu panas 60 celcius dan suhu beku -30 celcius.

Yang paling penting telefon ini dapat berfungsi seperti telefon canggih yang lain dengan mempunyai aplikasi seperti dapat memainkan mp3, video, radio FM, bluetooth dan sambungan kepada komputer.

Untuk pasaran Malaysia belum diumumkan lagi, tapi telefon ini amat berbaloi untuk dimiliki.